Friday 20 May 2016

CIRI-CIRI MURID CEMERLANG

Menjadi seorang murid yang berkualiti adalah impian setiap pelajar. Hal ini kerana pelajar yang berkualiti akan menjadi kebanggaan ibu bapa, guru dan pihak sekolah. Kebiasaannya murid yang berkualiti dihormati oleh orang lain dan mempunyai masa depan yang cerah. Murid yang berkualiti umpama benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau, Namun, adakah kita tahu ciri-ciri untuk menjadi seorang murid yang berkualiti?
Salah satu ciri murid yang berkualiti ialah mempunyai didikan agama dan moral yang baik. Hal ini kerana tanpa didikan agama dan moral, murid akan terjerumus ke kancah yang tidak baik. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menerapkan didikan agama dan moral kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, ibu bapa mesti menjadi suri teladan dengan mengajar mereka bersembahyang dan menunjukkan sahsiah yang baik kepada anak-anak. Guru-guru juga perlu memantapkan sahsiah murid-murid di sekolah. Tegasnya didikan agama dan moral amat penting kepada setiap orang untuk kehidupan yang berkualiti.
Ciri seterusnya ialah murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab permainan dan badan beruniform dapat membentuk sesorang murid itu lebih berdisiplin dan mengasah sifat kepimpinan. Melibatkan diri dalam bidang sukan dan permainan pula dapat meningkatkan kesihatan seseorang sekali gus dapat mengelakkan diri daripada terkena penyakit persis aforisme, mencegah lebih baik dari mengubati. Jelaslah bahawa dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid yang berkualiti dapat dihasilkan.
Selain itu, mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik juga merupakan ciri-ciri murid berkualiti. Mereka mesti berusaha untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan. Murid yang berkualiti mampu membahagikan masa dengan baik untuk aktiviti akademik dan kokurikulum. Mereka juga tidak membazirkan masa senggang dengan melepak atau bermain gadget kerana bagi mereka, masa itu emas. Sebaliknya, mereka menggunakan masa untuk membaca buku, membuat rujukan atau berbincang dalam kumpulan. Saya yakin, murid yang berkualiti dapat dihasilkan jika murid itu bijak memanfaat masa mereka.

Konklusinya, pelajar yang berkualiti perlu mempunyai pelbagai ciri seperti _____________, _______________ dan ____________. Sebagai pelajar, kita sewajarnya mendidik diri kita menjadi murid yang berkualiti dan menjauhi sikap malas. Dalam hal ini orang tua-tua pernah berpesan, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Justeru, marilah kita berusaha untuk menjadi murid berkualiti agar wawasan negara dapat direalisasikan.

17 comments:

  1. Sangat membantu sye..trimas kasih

    ReplyDelete
  2. Cikgu macam mana nak buat isi tersurat dalam ulasan

    ReplyDelete
  3. SANGAT MEMBANTU SAYA ,TERIMA KASIH CIKGU NANANANANA GANU KITE
    ADE DEKAT PULAU REDANG REDANG GANU KITE NANANANANA GANU KITE
    NAMA SAPE NANANANA GANU KITE .ADE DEKAT PULAU PINANG MARI NOK TENGOK
    JAMBATAN TERBUKA AKU PUNYA NAMA JAMBATAN DRAWBRIDGE NANANANAGANU KITE . ADE DEKAT PULAU PINANG

    ReplyDelete
  4. DARI PULAU PINANG NOK JENGOK JAMBATAN BUKA NANANANA GANU KITE

    ReplyDelete
  5. cikgu merupakan pendidik,pengasuh,pembimbing dan pengajar yang sangat terulung yang seyogianya boleh membentuk pelajar yang cemerlang,golongan cerdik pandai dan halakah intelengensia serta dapar mungusung komuniti yang berpendidikan yang sering ditempa oleh negara untuk dijadiakan tonggak kepada aspirasi negara.TERIMA KASIH CIKGU ATAS JASA DAN PENGORBANAN CIKGU YANG TERAMAT MULIA.

    ReplyDelete
  6. It is of avail.I really support this blogger.I also shared this with my family and friends. Thanks, have a great day.

    Best,
    Rishi

    ReplyDelete

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...